Petua Gout Yang Unik Dan Mudah Diamalkan


Kaki bengkak


Gout merupakan penyakit yang sering terjadi ataupun menyerang rakyat malaysia. Istilah gout berasal daripada bahasa latin iaitu ‘gutta' yang bermaksud setitis. Gout ini kebiasaannya menyerang golongan yang berumur 40 tahun keatas tetapi kini makin banyak dihidapi oleh golongan berumur awal 30 an.



Petua Unik Mampu Melegakan Gout
Terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan kesakitan gout seperti cara traditional mahupun cara ubatan Moden seperti ubat Allopurinol.
Artikel ini lebih memfokuskan kaedah rawatan daripada PETUA yang sering dilupakan oleh orang ramai. Kaedah ini unik tetapi mampu memberikan kesan yang baik.



1. Ambil kulit kentang lalu direbus untuk dapatkan ekstrak kulit kentang dan lalu diminum air rebusan tersebut.


2. Ambil pokok durian berserta akarnya sekali. Kemudain rebus nya lalu dibuat sup beserta kaki ayam. Air rebusan ataupun sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini ialah diantara cara yang paling berkesan merawat penyakit gout.


3. Menggunakkan betik muda dan green tea. Anda perlu potong betik muda menjadi 2 iaitu seperi bentuk gelas, isi didalam betik itu dikeluarkan kemudian ambil green tea dan direndamkan di dalam betik sehingga kembang. Apabila merendam green tea ini di dslam 1 bahagian betik dan yang separuh lagi digunakan untuk menutup. Amalkan meminum air tersebut sekerap yang mungkin sehingga khasiat the tersebut hilang dan sakit menjadi semakin kurang. Sentiasa juga menukar the tersebut apabila hilang warnanya. Teh hijau tersebut boleh didapati di kedai herba.


4. Pernah dengar menggunakan kaktus. Petua ini menggunakan kaktus iaitu ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya lalu bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana selama 5 minit. Selepas itu sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Seeloknya amalkan petua ini setiap hari.


5. Petua seterusnya ialah amalkan pengambilan pil minyak ikan setiap hari. Tahukah anda minyak ikan mengandungi  anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Terdapat 2 jenis iaitu minyak ikan dan minyak hati ikan dan pastikan anda membeli minyak ikan(fish oil) dan dos yang dicadangkan ialah 6000mg setiap hari.


6. Akhir sekali , petua yang saya cadangkan ialah mengambil buah ceri. Buah ceri perlu diambil sekitar 20 bijj setiap hari. Kalau susah untuk dapatkan buah ceri yang segar, anda juga boleh mendapatkannya didalam tin atau buah yang dibekukan.


Terdapat 6 petua pemakanan yang boleh saya cadangkan kepada anda untuk diamalkan supaya dapatb mengurangkan kesakitan penyakit gout itu. Ini ialah antara kaedah yang menarik perhatian saya. Seandainya anda hendak mengamalkan kaedah lain juga saya tidak menghalang kerana ubat bagi setiap penyakit memang banyak. Saya harap anda dapatb mengamalkan kaedah ini dan diharapkan agar penyakit anda dapat dikurangkan dan semakin sembuh. “setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati yang tiada ubat untuk disembuhi”.

loading...

0 Response to "Petua Gout Yang Unik Dan Mudah Diamalkan"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com