Bapa Lelong Anak Di eBay Harga 'RM23080'


Lelong di ebay


Duisburg, Jerman: Seorang lelaki ditahan dan disiasat polis selepas dia cuba melelong bayinya yang berusia 40 hari di Internet dengan harga 5,000 euro (RM23,080).

Lelaki berusia 28 tahun itu yang juga seorang pendatang ditahan selepas mengiklankan penjualan anak perempuannya di laman web eBay baru-baru ini.

Dia membuat iklan untuk melelong anaknya dengan harga permulaan 5,000 euro dengan keterangan: “Anak berusia 40 hari bernama Maria untuk dijual.”

Iklan itu lengkap dengan lima gambar Maria yang memakai beberapa baju tidur.
Selepas 30 minit, iklan itu dikeluarkan dari eBay dan lelaki berkenaan terus menyerah diri kepada polis.

Sumber: Harian Metro
loading...

0 Response to "Bapa Lelong Anak Di eBay Harga 'RM23080'"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com