Apa Itu Retained Placenta?? Ibu-ibu Hamil Mesti Tahu Ni




Retained placenta

Ramai orang tidak tahu akan apa itu retained placenta. Kebanyakkan orang yang mengetahui akan hal ini ialah orang yang pernah menghadapi situasi ini semasa melahirkan anak. Retained placenta ini bermaksud uri yang tersekat.




Dari segi definisi pula ialah keadaan dimana plasenta (uri) gagal dilahirkan pada peringkat ketiga kelahiran disebabkan oleh keabnormalan pada peringkat ketiga kehamilan dan juga pada plasenta dan korda (tali pusat). Gagal dilahirkan ini bermasud gagal dikeluarkan sama ada secara keseluruhan ataupun tertinggal sebahagian didalamnya.

Secara naturalnya, ia akan mengambil masa 10 hingga 20 minit sahaja untuk dilahirkan tetapi ada juga yang mencapai sehingga satu jam seandainya menghadapi komplikasi semasa mengeluarkannya.



Macam mana uri boleh terlekat atau tertinggal dalam rahim??
Ini ialah soalan yang mesti menjadi tanda tanya kepada semua orang khususnya ibu hamil. Terdapat beberapa penyebab utama berlakunya kejadian ini.

1. Trapped placenta- ia bermaksud placenta itu telah pun terpisah daripada rahim tetapi ia terperangkap dan gagal dikeluarkan kerana servik telah tertutup. Ia juga boleh terjadi jika salur kord ataupun tali pusat penghubung antara plasenta dan tali pusat terputus.

2. Placenta accreta- ia pula bermaksud terdzpat sebahagian placenta yang masih melekat pada dinding rahim setelah dikeluarkan placenta. Doktor akan meneliti keseluruhan bahagian rahim untuk mengesan sama ada terdapat bahagian yang terlekat ataupun tertinggal didalam rahim.

3. Uterine atony- ia bermaksud placenta  tidak lekang daripada dinding rahim sama ada disebabkan kontraksi uterus itu berhenti ataupun ia tidak cukup kuat untuk memisahkan placenta.

4. Antara penyebablain juga boleh didapati sebagai contoh kewujudan fibroid ataupun cysts yang akan menyebabkan berlakunya sebahagian placenta yang tertinggal  di dalam rahim.

5. Pundi kencing yang penuh juga antara penyebab berlaku kesukaran untuk melahirkan placenta.


Klasifikasi yang mudah untuk difahami ialah seperti:-
1. Plasenta terpisah tetapi tersekat
2. Plasenta terpisah tetapi tidak dapat dikeluarkan
3. Melekat tetapi dapat dipisahkan
4. Melekat serta tidak dapat dikeluarkan



Apa yang akan dilakukan??

Jika menhadapi komplikasi, ia akan mengambil masa yang lama untuk dikeluarkan. Ibu yang bersalin juga boleh membantu dalam proses mengeluarkan plasenta ini. Ibu boleh cuba menyusukan anak atau menggosok nipple ibu itu. Ia boleh menyebabkan kontraksi pada uterus dan mungkin membantu mengeluarkan plasenta. Kalau boleh cuba dapatkan posisi menegak agar tarikan graviti dapat membantu proses tersebut.

Doktor juga akan mengarahkan penggunaan ubat oxytoxic yang berfungsi untuk menghasilkan kontraksi pada rahim dan doktor akan mudah untuk mengeluarkannya dengan menggunakan kaedah CCT iaitu ‘controlled cord traction'.


Kaedah manual

Jika masih tidak dapat dikeluarkan, doktor juga akan menggunakan kaedah manual. Kaedah manual dijalankan dengan meletakkan tangan kiri pada abdomen untuk mengampu kedudukan uterus. Lalu dimasukkan tangan kanan ke dalam vagina memlepasi servik kedalam kaviti uterus berpandukan taki pusat. Tangan doktor akan disapu dengan krem antiseptik. Ia akan memisahkan plasenta dari dinding uterus dengan menggunakan bahagian lateral jari secara ‘scoop movement’. Jangan gengam plasenta sehingga ianya telah dipisahkan. Selepas itu, tangan yang di abdomen. Akan menekan uterus dan plasenta, dengan ini ia akan mengelakkan segmen bawah dari cedera ataupun terkoyak. Doktor akan mengeluarkan tisu-tisu placenta lain yang tertinggak dan akan memastikan tiada sebahagian lain yang akam tertinggal. Jika tidak pasti, uterus perlu diperiksa semula. Selepas itu, ubat oksitoksik Ergometrine akan diberikan untuk menguatkan kuncupan dan retraksi uterus.


Inilah antara sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. Ibu-ibu juga mestilah mengambil tahu akan perihal krhamilana dan kelahiran. Iniakan memudahkan ibu untuk memahami sebarang kondisi kandungan. Saya harap agar ibu-ibu memahami apa yang cuba saya sampaikan, seandainya ada tersalah informasi bolehlah di tegur secara baik. Kerana ‘setiap manusia akan membuat kesilapan dan tidak boleh lari darinya'. Akhirullkallam, saya harap info ini berguna untuk anda sekalian.

loading...

0 Response to "Apa Itu Retained Placenta?? Ibu-ibu Hamil Mesti Tahu Ni"

Post a comment

My Ping in TotalPing.com