Billionair Beri Kejutan Depavali



Surat - Billionair berlian di Surat, India membuat kejutan pada perayaan Deepavali tahun ini apabila menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang.

Bonus itu diumumkan oleh Savji Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja pada Selasa dan sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.

Savja memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.

Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja.

Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif.

"Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata Dholakia.

Selain sifat pemurahnya, Savji juga terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya.

Sebelum ini, Savji memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan.

Sumber: BH Online
loading...

1 Response to "Billionair Beri Kejutan Depavali "

  1. Wynn Resorts (NYSE:WYNN) - Dr. Mortgage
    Wynn Resorts 진주 출장샵 operates 평택 출장샵 the Wynn Las Vegas 창원 출장샵 and Encore properties, as well as Wynn Macau, Wynn Palace, Encore Boston Harbor, Wynn Palace, and 경산 출장안마 Wynn Las Vegas. 군포 출장샵

    ReplyDelete

My Ping in TotalPing.com