Wanita Ialah Makhluk Yang Sukar Untuk Di Ramalkan...Lelaki Wajib Tahu 5 Perkara Yang Wanita Mahukan Dari Lelaki!!!




Kalau ditanya kepada lelaki perkara apa yang paling susah sangat difahami, pasti majoriti akan menjawab, WANITA! Sebagai lelaki, kadang-kadang sukar nak pastikan apa sebenarnya mereka inginkan dari kita.

Itulah lumrah dan fitrah kenapa dijadikan lelaki dan wanita, adalah untuk mengenali antara satu sama lain. Berbeza pendapat dan keinginan adalah perkara biasa, yang penting bagaimana kita cuba memahaminya.

Tapi secara amnya, apa yang mereka inginkan dari seorang lelaki yang menjadi pasangan mereka? Jom kaum lelaki!

Kita lihat 5 perkara yang sebenar-benarnya mereka mahukan dari kita:


1. Masa
Wanita ini sebenarnya ingin rasakan diri mereka penting di mata pasangan mereka dan kalau boleh nak tiap-tiap masa kita ada dengan mereka. Jadi, susunlah masa anda untuk kerja, buat aktiviti yang anda suka, lepak dan sedikit masa untuk anda mendengar cerita-cerita, luahan hati, masalah dan gurau senda pasangan anda. Yang sedikit itulah mereka akan hargai dan bertambah sayang pada anda!


2. Kejujuran
Pernah tak jadi macam ini pada anda “Awak, nak phone jap?”. Mesti waktu itu rasa gelabah sedikit walau sebenarnya tak ada apa-apa pun. Hakikat mereka buat macam itu pada anda adalah samaada nak uji anda atau nak hilangkan keraguan yang bersarang dalam hati mereka. Jadi, tunjukkan kejujuran anda dan mereka akan faham.


3. Kasih sayang
Kalau yang ini rasanya tak perlu terang banyak-banyak. Manusia mana yang tak mahukan kasih sayang? Lagi-lagi seorang wanita, mereka suka dilayan dengan cara yang istimewa dan penuh kasih sayang. Tak perlu nak tempah limosin atau hotel mahal-mahal, cukuplah dengan anda selalu hubungi mereka dan luangkan masa dengan mereka dekat kedai mamak, itu pun mereka dah rasa special sangat-sangat!


4. Rasa selamat
Pertahankan mereka apabila mereka memerlukan anda. Selamat di sini adalah dari segi kewangan, emosi dan harga diri. Jadi, tak perlu sadokan diri anda untuk jaga mereka. Cukup anda jaga mereka dan sentiasa ada dengan mereka dalam keadaan susah atau senang serta anda sendiri yang perlu jaga iman anda untuk jaga mereka. Jangan bak kata pepatah, “harapkan pegar, pegar makan padi”!


5. Kejutan
Masalah wanita ini kadang-kadang mereka terlalu banyak harapan pada lelaki dan sebab itu mereka selalu kecewa. Jadi tak salah kalau kadang-kadang kita buat sedikit suprise pada mereka contohnya hadiahkan sesuatu, bawa mereka ke tempat yang mereka inginkan atau penuhi kemahuan mereka yang anda mampu. Semua ini akan ceriakan hidup mereka.

Sumber : lelakisihat.com

loading...

0 Response to "Wanita Ialah Makhluk Yang Sukar Untuk Di Ramalkan...Lelaki Wajib Tahu 5 Perkara Yang Wanita Mahukan Dari Lelaki!!!"

Post a comment

My Ping in TotalPing.com