Padah Memakai Cincin Yang Ketat!! Ia Akan Menyebabkan Jari...


Ipoh: Wanita tahan sakit lebih 30 minit apabila cincin terlekat di jari manisnya.
Keluarganya kemudian menghubungi bomba untuk membantu memotong cincin itu di Jalan Hassan Lim Garden, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian 11.30 malam itu, jari manis tangan kanan S Thenmalar, 30-an, bengkak selepas cincin dipakainya tidak dapat ditanggalkan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.32 malam.
“Bomba memerlukan kira-kira 30 minit memotong cincin yang tersangkut di jari mangsa dengan menggunakan alat pemotong.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan lain cuma bengkak di jarinya," katanya.
loading...

0 Response to "Padah Memakai Cincin Yang Ketat!! Ia Akan Menyebabkan Jari..."

Post a comment

My Ping in TotalPing.com