TERKINI!! KUPASAN MH370


Sydney: Pakar pasukan pencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mendedahkan analisis terhadap insiden pesawat itu mendapati tiada sesiapa yang mengawal kapal terbang pada saat-saat akhir apabila ia menjunam ke dalam Lautan Hindi.
Analisis itu sekaligus menolak teori sebelum ini yang mencadangkan bahawa pesawat itu dikawal oleh seseorang yang sengaja menjunamkan pesawat ke dalam lautan Hindi.
Laporan teknikal yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) juga seolah-olah menyokong teori penyiasat berhubung insiden malang pesawat Boeing 777 berkenaan.
Pengarah Biro Operasi mencari Pesawat MH370, Peter Foley berkata, analisis terbaru data satelit itu selaras dengan ketinggian dan kadar penurunan pesawat di saat-saat akhir.
Katanya, analisis terhadap flaperon pesawat yang terdampar di Tanzania juga menunjukkan ia mungkin tidak digunakan ketika terpisah daripada pesawat kerana kebiasaannya juruterbang akan mengkonfigurasikan alat itu untuk pendaratan.
"Ia hampir pasti menolak teori bahawa pesawat itu dikawal memasuki air dan pasukan pencari berada di kawasan yang tepat dalam usaha mencari bangkai pesawat ini," katanya.
Laporan itu dikeluarkan pada sidang kemuncak persidangan pasukan pakar antarabangsa dan Australia di Canberra untuk memeriksa semula data berkaitan dalam usaha pencarian pesawat yang hilang ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Sumber: hmetro
loading...

0 Response to "TERKINI!! KUPASAN MH370 "

Post a comment

My Ping in TotalPing.com