Pertanyaan Mengenai Isu Bayi Songsang Oleh Ibu Hamil?? Ini Jawapannya...


Bayi songsang

Satu daripada soalan yang paling kerap di tanya oleh ibu semasa pemeriksaan antenatal ialah ” Doktor, kedudukan bayi saya betul ke songsang?”
Hampir 40% bayi semasa usia kandungan 26-34 minggu berposisi songsang semasa dalam rahim. Ini adalah perkara biasa dan ia tidak mendatangkan apa apa masalah pada ibu dan bayi kerana pada usia kandungan ini, ibu belum lagi boleh bersalin melainkan ibu bersalin pra-masa. Bayi berposisi songsang pada masa ini pula kerana pada masa ini, isipadu air tetuban adalah pada tahap maksimum, dan bayi lebih mudah terapung dan banyak bergerak.
Hanya 5-6% bayi sahaja yang akan terus berposisi sonsang bila telah cukup bulan (> 38 minggu). Selepas tahap ini, bayi telah padat dan isipadu air tetuban telah menurun, oleh itu bayi tidak dapat berpusisng membetulkan kedudukannya lagi. Kemungkinan besar dia akan lahir secara sonsang juga. Ada juga yag tidak boleh berpusing balik kerana telah terlilit oleh tali pusat atau tali pusatnya pendek, jadi sukar untuk ia memusing

Bolehkah bayi berposisi sonsang lahir secara normal?
Kajian “Breech Trial” pada tahun 2005 telah melaporkan bahawa kadar kematian bayi dan bilangan bayi yang cacat otak akibat asphyxia menurun jika bayi berkedudukan sonsang dilahirkan secara pembedahan cesarean yang terancang berbandingkan jika bayi lahir secara normal. Akibat daripada kajian ini, doktor doktor dari negara yang maju dan sedang maju, memilih untuk tidak membenarkan ibu melahirkan bayi berkedudukan sonsang secara normal. Jadi hampir semua ibu yang mempunyai bayi berposisi songsang akan dilahirkan secara pembedahan cesarean.

Apakah sebab sebab lain bayi berkedudukan sonsang? 
Antara sebab sebab lain ialah:
1.  Uri di bawah
2. Pendek tali pusat
3. Bayi tidak normal
4. Terlalu banyak air tetuban
5. Fibroid yang menyekat kaviti rahim
Bolehkah ibu pergi berurut untuk membetulkan posisis bayi yang sonsang?
Urut untuk membetulkan posisi bayi oleh bidan kampung boleh membawa bahaya kepada bayi dan juga kematian.  Ini adalah kerana bidan tidak ada pengetahuan tentang sebab bayi berposisi songsang seperti yang tertera di atas.  Jika posisi bayi dibetulkan secara paksa, ia boleh menarik tali pusat dengan kuat dan menjadi tegang lalu putus didalam rahim.  Uri juga boleh tertanggal dari rahim meyebabkan pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan kematian ibu dan bayi.
Prosedur ‘External Cephalic Version’  (ECV) 
ECV ialah satu prosedur dimana doktor akan membetulkan posisi bayi ibu dari sonsang ke posisi normal bila telah cukup bulan. Prosedur ini dibuat dibawah pemerhatian imbasan ultrasound dan persediaan bilik bedah. Jika ada berlaku komplikasi kepada bayi semasa pemusingan itu dibuat, ibu kan terus di bedah untuk menyelamatkan bayi.  Namun begitu, jika posisi bayi dapat dipusingkan balik seperti normal, hampir 60%-80% terpaksa juga menjalani pembedahan cesarean kerana sebab sebab lain, antaranya cervical os tidak membuka dan bayi lemas.


Terdapat 3 jenis posisi songsang yang anda perlu tahu:
Jenis-jenis posisi janin songsang:

1. Incomplete breech atau songsang tidak sempurna
-sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.
2. Complete breech atau songsang sempurna 
- punggung janin berada di atas pintu rahim sementara dua kaki terlipat sempurna, menghadap sejajar dengan telinga. 
Sekali pandang, posisi janin kelihatan seperti membongkok.
3. Frank breech 
- punggung janin berada di bawah, dua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga. Posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65-70 peratus janin songsang adalah daripada posisi frank breech.

Cara mengatasi kedudukan bayi songsang
Sebelum menempuh hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan seperti biasa, jika didapati janin dalam kedudukan songsang, doktor menyarankan melakukan gerakan tertentu.
Seperti;
1. Sujud (knee-chest- lutut ke dada) sebanyak 5 kali sehari selama 15 minit.
2. Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiringkan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10-15 minit sekurang-kurangkan 3 kali sehari.
Tetapi jika sekiranya dalam tempoh ini janin masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusingkan janin. Cara ini dinamakan external cephalic version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.

Terapi ECV TIDAK BOLEH dilakukan pada semua janin terutama bagi ibu yang mengalami;
1. Pendarahan
2. Jumlah air ketuban yang sedikit.
3. Plasenta berada dekat dengan pintu rahim.
4. Degupan jantung janin yang tidak normal.
5. Janin tidak membesar dengan sempurna iaitu ukuran badan lebih kecil daripada yang sepatutnya.
6. Kehamilan kembar.

Jika proses ini gagal dilakukan, kelahiran akan dilakukan secara ceaserian.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu tidak perlu bimbang kerana walaupun bayi dalam keadaan songsang kelahiran normal tetap dapat dilakukan. Asalkan bayi sudah cukup bulan dan bayi dalam keadaan frank breech.

Selain itu, faktor lain juga membantu kelahiran normal seperti;
1. Saiz janin 
2. Ukuran pinggul ibu
3. Janin mempunyai berat kurang 3.8 kg
4. Pintu rahim terbuka luas ~10cm
5. Janin dalam posisi meluncur keluar
6. Leher bayi tidak terlilit oleh tali pusat.
7. Posisi kepala janin.

Tak rugi kalau diamalkan...
In shaa Allah dengan izin nya


Sumber : drsharifahblogspot / cantiksihatcorner
                   

loading...

0 Response to "Pertanyaan Mengenai Isu Bayi Songsang Oleh Ibu Hamil?? Ini Jawapannya..."

Post a comment

My Ping in TotalPing.com