5 Petua Melicinkan Kulit Dengan Mudah



5 petua kulit licin


Pada zaman sekarang, semua wanita mahukan kulit yang licin, gebu dan lembut. Bahkan lelaki pun berpusu-pusu hendak mendapatkan kulit seperti itu. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai seperti kulit yang dihajati.




 Ada yang memakai produk kecantikan, bahkan ada yang sekadar memakai pencuci muka sahaja. Kadangkala, faktor kulit seseorang juga memainkan peranan jika memilih sebarang produk kecantikan.

Petua-petua lama semakin dilupakan, ditenggelamkan dengan arus permodenan. Bahkan asas kepada produk kecantikan diluar sana juga menggunakan kaedah tradisional. Di sini saya jelaskan 5 petua yang mudah malahan murah setanding dengan produk diluar sana. Antaranya ialah:-




Air

- Air merupakan komponen utama yang paling diperlukan dalam badan. Kalau kekurangan air maka akan keringlah kulit anda. Air juga merupakan antara benda yang murah ataupun ‘FREE’.
- Kita digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari  untuk menstabilkan cairan dalam badan. Ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.
- Antara amalan yang baik ialah anda boleh membanyakkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.



Jus lemon

- Mesti anda tidak percaya akan khasiat jus lemon itu. Enzim didalamnya bertindak untuk membuang sel-sel mati dikulit dan melembutkan serta melicinkan kulit.
- Petua ini bagus jika diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
- Antara cara penyediaannya ialah dengan memerah sebiji lemon lalu diambil jusnya. Sapukan jus tersebut pada bahagian kulit yang berparut dan tidak sekata. Biarkan selama 10 minit lalu dibilas. Jika nakkan kesan yang baik, lakukannya setiap hari.
- Kalau anda suka memakai mask, ambil separuh jus lemon itu lalu dicampurkan ke dalam bekas yag berisi putih telur. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada muka seperti memakai mask. Biarkan selama 10 minit dan kemudiannya di bilas. Lakukan pemakaian masker ini sekali atau dua kali seminggu.





Aloe vera

- Ramai yang tahu mengenai khasiat aloe vera. Ia merupakan bahan aktif yang terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kekedutan dan garisan di muka.
- Cara pemakaiannya ialah seperti biasa iaitu ambil gel daripada daunnya dan di sapu pada kulit beberapa kali seminggu. Ia juga bleh dijadikan mask iaitu denganmencampurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Lalu di tekapkan pada muka, leher dan bahagian mana yang dirasakan kasar selama 10 hingga 20 minit.




Madu

- Madu merupakan antara makanan yang telah dinyatakan di dalam al-Quran. Madu mempunyai banyak khasiatnya. Bukan sahaja bekhasiat untuk dimakan malahan elok juga untuk disapukan pada kulit.
- Antara caranya ialah ambilkan madu lalu disapukan pada bahagian muka, leher atau pada bahagian yang dirasakan kasar.
- Antara petuanya juga iaitu, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapukan pada muka dan dibiarkan semalaman. Amalkan petua ini dipakai sebelum tidur dan dibilas pada keesokan harinya.



Buah tomato

- Petua yang terakhir ialah penggunaan buah tomato didalam kaedah ini. Ia bertindak sebagai skin toner iaitu membantu dalam merawat jerawat, jeragat dan juga blemish.
- Antara caranya ialah dengan mengisarkan beberapa biji tomato sehingga menjadi pes lalu diambil pes tersebut dan di tekap pada muka selama 10 minit atau ditekapkan pada bahagian kulit yang tidak sekata.
- Amalan ini jika dilakukan setiap hari , ia akan mengecilkan pori-pori di muka lalu kulit muka akan menjadi lebih licin.


Petua-petua yang dinyatakan tadi merupakan bahan yang anti-toksik. Ia amat mudah untuk didapati malahan tidak semahal produk-produk kecantikan diluar sana. Untuk kesan yang lebih cepat, anda boleh amalkan petua ini dengan lebih kerap. Jikalau malas manakan dapat hasilnya. Semoga kulit-kulit anda akan menjadi licin, gebu dan halus seperti mana yang diharapkan. Akhirul kallam, selamat mencuba….

loading...

0 Response to "5 Petua Melicinkan Kulit Dengan Mudah"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com