Penolakan suami dalam
melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa.
Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila
keinginan untuk hubungan seks ditolak atau tidak diendahkan.
Tidak
mustahil sekiranya, isteri yang berhadapan dengan situasi ini merasai suami
tidak lagi mencintai ataupun beranggapan suami sudah tidak bernafsu lagi
melihat dirinya. Lebih buruk lagi sekiranya isteri merasakan bahawa penolakan
tersebut adalah kerana kehadiran pihak ketiga.
1. Keletihan
Terlalu
penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi
punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya
sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan
pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka
jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan
dan menghampakan pasangannya.
2. Faktor kesihatan
Mungkin
suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya
menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah
kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi
didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia
tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfikiran
negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya
terlebih dahulu.
3. Tidak selesa
Penolakan
mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin
kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan
persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum
tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai
isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum
mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak
ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.
4. Perjalanan jauh
Jarang
suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul
tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat
perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh
dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan
pasangan anda berehat saja.
5. Terlalu kerap
Ada
juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk
melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia
menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam
seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.
6. Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan
Ubat
anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab
hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya
disfungsi seksualiti pada kaum ini.
7. Kurang tidur
Ketika
lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks
kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga.
Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang
membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan tempoh perhubungan itu
sendiri, minat untuk berhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi
kepenatan bekerja dan kurang tidur.
8. Tekanan atau stres
Perkara
ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stress berpunca daripada pelbagai
hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga,
perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan isu yang melibatkan keluarga
besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang
berpotensi untuk menjadi sumber stress.
9. Kadar hormon
Stimulasi
fisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron.
Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat
menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca
masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin,
SHBG diperlukan.
10. Takutkan keintiman
Mungkin
kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan
keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana
diliwat atau sebagainya.
11. Masalah identiti
Apabila
seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam
keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut
terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalah kemurungan atau depresi. Masalah
identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan,
salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan
mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu
seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.
12. Hati tersinggung
Seperti
wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu
yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung,
lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak
puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung
antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air
mukanya.
13. Berbeza pendapat
Lelaki
juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’
apabila berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki
memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur
hingga konflik selesai.
14. Masturbasi
Lelaki
yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan
untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak
perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik
melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.
15. Fungsi seksual terganggu
Terdapat
lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan
menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang
sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung.
Sumber: lelakisihat.com
loading...
0 Response to "Wajib Tahu!! Mengapa Suami Menolak Perlawaan Seks Isteri"
Post a Comment