TERKINI!! Wanita Kentut Mengeluarkan Api Semasa Pembedahan



Tokyo: Akibat terkentut, punggung seorang pesakit wanita melecur teruk apabila laser yang digunakan untuk pembedahan terhadapnya, memercikkan api.
Dalam kejadian April lalu, yang didedahkan sekarang selepas selesai siasatan, wanita berusia 30-an itu menjalani pembedahan laser di Hospital Universiti Perubatan Tokyo, pada bahagian pangkal uterusnya.
Bagaimanapun, ketika pakar bedah melakukan prosedur pembedahan dengan laser, pesakit itu terkentut dan gas kentut menyebabkan laser memercikkan api yang menyambar gaun dan kaki pesakit.
Menurut Daily Mail yang memetik laporan akhbar Asahi Shimbun, akibat kejadian itu, punggung dan kaki pesakit itu melecur teruk.
Laporan yang diumumkan minggu lalu, merumuskan: “Apabila angin dari dubur pesakit keluar, gas disambar sinaran laser dan menyalakan api, menyebabkan kebakaran.”
Siasatan mendapati tiada bahan mudah terbakar dalam bilik bedah ketika kejadian dan kelengkapan yang digunakan berfungsi seperti biasa.
loading...

0 Response to "TERKINI!! Wanita Kentut Mengeluarkan Api Semasa Pembedahan"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com