Alasan Menteri Hapuskan Subsidi Minyak


Minyak masak

Kuala Lumpur: Harga air mineral yang diminum setiap hari oleh rakyat Malaysia adalah lebih mahal berbanding harga minyak masak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, pihaknya membuat congakan bahawa setiap individu sekadar menggunakan 1.5 kilogram (kg) minyak masak sebulan.
Katanya, berdasarkan anggaran itu, jika subsidi dihapuskan sepenuhnya maka harga minyak masak naik menjadi RM4 sekilogram.
“Jika ia dinaikkan kepada kira-kira RM4, harga minyak masak paket plastik 1 kg hanya bertambah RM1.50 sebulan. Ini bermakna ia hanya naik RM2.25 seorang sebulan.
“Air mineral yang orang minum setiap hari lebih mahal daripada harga minyak masak tidak bersubsidi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum itu, Lim bertaya sama ada benar atau tidak rasionalisasi minyak masak akan menyebabkan kos sara hidup keluarga meningkat RM50 setiap seorang setahun, yang bermakna pertambahan RM250 untuk lima sekeluarga setahun.
Mulai hari ini, subsidi minyak masak dimansuhkan untuk semua kategori kecuali paket plastik 1kg dkeklkan dengan harga RM2.50, manakala harga untuk bungkusan lain ditentukan kuasa pasaran.

Sumber: hmetro
loading...

0 Response to "Alasan Menteri Hapuskan Subsidi Minyak"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com