Wudu' Dengan Air Dua Kolah




dua kolah


Harini semakin ramai yang sangsi akan penggunaan air mustakmal didalam wudu’.  Wudu’ amat penting kerana ia permulaan melakukan ibadah. Jika permulaan sudah salah, apa akan jadi pada pertengahannya. Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan manakala air mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak menyucikan.


Isu yang menjadi permaslahatan pada ketika ini ialah isu air ‘2 kolah’. Ramai yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan 2 kolah itu. Macam mana ukurannya dan banyak lagi. Maka itu saya cuba memberikan info sedikit sebanyak mengenai isu. Ia sekadar perkongsian antara saya dan anda.

Apakah jumlah sukatan bagi 2 kolah?

Untuk jumlah sukatan ini, terdapat berbeza-beza pendapat dalam kalangan ulama mengenai jumlah air Qullataan ataupun dua kolah ini.

Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu menyatakan jumlah ini sebagai 270 liter. Jadi bila air dalam jumlahnya kurang dari 270 liter digunakan untuk berwudu’, mandi atau bercampur dengan air yang sudah digunakan untuk berwudu’, maka air itu dianggap sudah mustakmal. Walaupun air itu suci, air itu sudah tidak lagi boleh digunakan untuk menyucikan. Majlis Agama Islam Singapura juga mentakrifkan dua kolah sebagai 270 liter.
Ada juga pendapat yang menyatakan jumlah Qullataan ini adalah sebanyak 216 liter.
Ukuran yang mudah untuk mengira saiz kolah supaya melibihi 270 liter ialah:


Panjang x lebar x tinggi = melebihi 270000cm3

Cthnya,
                65cm x 65cm x 65cm= 274625 cm.

 *anggarkan ia melebihi paras tertinggi antara pendapat yang di nyatakan supaya kita tidak was-was.

* jangan lupa bahawa kandungan airnya perlu melebihi 2 kolah. Jika ukuran kolahnya sahaja mengikut 270 liter tetapi airnya kurang, tak ada gunanya juga sebab ia tidak melebihi paras yang ditetapkan.


Sekian saja perkongsian saya pada kali ini. Saya harapkan agar info yang diberikan ini berguna untuk anda praktikan dan menjawab persoalan yang bermain difikran anda mengenai isu 2 kolah ini.
Seandainya ada info yang salah, tegurlah kerana setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan kita akan belajar dari pengalaman. Itulah kehidupan manusia.


loading...

0 Response to "Wudu' Dengan Air Dua Kolah"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com