Skuad Helang Merah Merebahkan Gergasi Merah Dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia


Piala malaysia milik kedah


Penyokong Kedah berbangga akan prestasi yang dicapai apabila memenangi Piala Malaysia semasa pasukan Kedah menentang pasukan Selangor pada 30 Oktober 2 016 pada ahad lepas. Kegembiraan ini diraikan oleh penyokong yang hadir ke stadium mahupun hanya menonton dikaca televisyen. Di sini disediakan keratan info daripada penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium dan juga review mengenai keputusan perlawanan.




Tidak hadir ke stadium, penyokong tidak patah semangat memberi sokongan walaupun di skrin layar besar



Jitra: Hujan di Bandar Darulaman, Jitra pada lewat petang tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 100 penyokong Kedah sekitar kawasan Jitra untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi skrin layar besar di sebuah kedai makan di kawasan itu.
Tinjauan Harian Metro mendapati walaupun cuaca agak sejuk dan beberapa tempat duduk basah selepas hujan, mereka terus memenuhi kawasan tempat duduk di kedai makan berkenaan demi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.
Kebanyakan mereka datang dengan membawa bendera serta mafla Kedah sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada skuad Lang Merah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe.
Seorang penyokong, Fazrul Huzaimi, 25 dari Taman Sinaran Indah, Jitra berkata dia bersama rakannya pergi ke kedai makan berkenaan untuk menonton perlawanan akhir itu selepas gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir.
"Saya gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir tetapi mujurlah di kedai makan ini mereka menyediakan skrin layar besar untuk memudahkan kami menonton perlawanan ini.
"Harapan saya adalah biarlah Kedah menang pada kali ini dengan kemenangan bergaya," katanya ketika ditemui Harian Metro di kedai makan berkenaan.




Misi balas dendam tercapai !! Kedah merampas kembali Piala Malaysia



Shah Alam: Kedah muncul juara Piala Malaysia edisi ke-90 apabila berjaya mengalahkan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit serta masa tambahan di Stadium Shah Alam malam ini.
Pemain pertahanan kanan Kedah Rizal Ghazali muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas sepakannya menuju ke sebelah kiri pintu gol Selangor tatkala penjaga gol lawan, Khairul Azhan Khalid merebahkan badan ke sebelah kanan.
Dalam aksi perlwanan akhir itu Selangor memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-13 apabila ketua pasukan mereka, Andik Vermansyah melepaskan rembatan dari luar petak penalti namun ia berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Ifwat Akmal Chek Kassim.
Lima minit kemudian giliran pasukan Kedah pula mengatur serangan merbahaya apabila Syawan Zainon berjaya melakukan hantaran lambung dari sebelah kiri namun pertahanan kanan, Rizal melakukan rembatan tersasar keluar.
Bersambung pada babak kedua Selangor hampir memperoleh jaringan apabila Ahmad Hazwan Bakri melakukan hantaran pendek dalam petak penalti pada minit ke-47 namun rembatan Andik berjaya diselamatkan Amirul Hisyam Awang Kechik.
Dua minit kemudian Gergasi Merah sekali mempunyai peluang terbaik namun rembatan Hazwan sedikit tersasar apabila memperoleh hantaran cantik dari Patrick Ronaldindo.
Ketika Selangor sedang rancak mengasak, Kedah melakukan serangan balas pada minit ke-52 dan mereka berjaya memperoleh jaringan apabila rembatan dari luar petak oleh Rizal terkena S Veenod sebelum bola menerjah ke dalam gawang.
Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Ahmad Hazwan tenang menolak bola masuk ke dalam gawang lawan pada minit ke-60 selepas melakukan gerakan solo masuk ke dalam petak penalti.
Kedua-dua pasukan menamatkan saingan 90 minit terikat 1-1 dan keputusan itu kekal sehingga masa tambahan (30 minit) sebelum aksi untuk juara Piala Malaysia ditentukan menerusi sepakan penalti.

loading...

0 Response to "Skuad Helang Merah Merebahkan Gergasi Merah Dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia"

Post a Comment

My Ping in TotalPing.com